Blog Archive

May 7, 2009

Eye Witness It All


Aku saksi segalanya,
Seorang nenek tua yang membanting tulangnya di subuh kala, memikul getah, untuk membayar hutang semangkuk beras yang di pinta setiap petang.

Aku saksi segalanya,

Seorang perempuan muda yang lemah kesihatan tubuhnya, membantu memikul beban dikilang kilang, bagi menampung makan malam ibunya yang tua.

Aku saksi segalanya,

Seorang wanita yang menepis hinaan dan sindiran diterima, peninggalan suaminya, bagi memberi nafkah untuk keluarga.

Aku saksi segalanya,

Sebuah keluarga yang dipijak, atas kelurusan hati mereka yang hanya merebut peluang kemewahan hakiki berbanding duniawi yang di dominisasi oleh wang dan kuasa.

Aku saksi segalanya,

Sebuah keluarga yang tidak berdaya mempertahankan tanah mereka sendiri diambil oleh orang yang lebih berkeupayaan, dihadapan mata.

Aku saksi segalanya,

Seorang wanita muda yang hampir di perdaya oleh penjenayah dengan nama cinta, untuk memuaskan nafsu kebendaanya. Wanita itu yang sememang uzur sejak kecil, menanggung sakit yang mencabut nyawa setelah mengetahui kebenaran tersebut.

Aku saksi segalanya,

Seorang ibu tua yang meratapi permergian anak bongsunya ke rahmatullah setahun sebelum dia sendiri menghembus nafas terakhirnya.

Aku saksi segalanya,

Seorang ibu tunggal yang tidak dikenang jasanya oleh abang abangnya atas kemudahan wang yang diperolehi, tanpa mengira penat lelah beliau membantu keluarganya.

Aku saksi segalanya,

Penduduk dan penghuni masjid sekeliling yang cuma berbisik dan bercerita namun tidak membantu memberi tuju hala untuk seseorang yang tidak mampu. Atas sebab keperitan hidup masing masing.

Aku saksi segalanya,

Jumlah warga dan bangsa asing yang lebih cenderung memberi sokongan dan dorongan terhadap insan insan berkenaan berbanding dari mereka yang bernama melayu.

Aku saksi segalanya,

Jalur Gemilang yang dibanggakan oleh si miskin itu tidak diendahkan oleh mereka yang berbaju putih disebalik meja, atas dasar kewibawaan dan kepintaran yang tiada pada si miskin.

Aku saksi segalanya,

Pegawai pegawai yang berprihatin memberi sebab alasan untuk tidak membantu keluarga miskin tersebut atas nama syarat dan tanggungjawab.

Aku saksi segalanya,

Pihak pihak yang mengambil ringan rayuan permintaan dari ahli keluarga tersebut atas nama kesibukan dan prosidur.

Aku saksi segalanya,

Kemakmuran yang dikatakan untuk rakyat dan bukan untuk keluarga ini.

Aku saksi segalanya,

Saksi segala penderitaan.

Aku saksi segalanya,

Saksi segala rintihan.

Aku saksi segalanya,

Saksi segala tangisan.

Aku saksi segalanya,

Saksi segala penipuan.

Aku saksi segalanya,

Saksi segala penindasan.

Aku saksi segalanya,

Saksi segala Kemakmuran

adbrite